Harga RON95, RON97 dan diesel naik

Harga runcit petrol RON95 dan RON97 naik empat sen seliter manakala diesel naik tiga sen seliter bagi tempoh seminggu bermula tengah malam ini.
Harga runcit petrol RON95 dan RON97 naik empat sen seliter manakala diesel naik tiga sen seliter bagi tempoh seminggu bermula tengah malam ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Harga runcit petrol RON95 dan RON97 masing-masing naik empat sen seliter manakala harga runcit diesel naik tiga sen seliter bagi tempoh seminggu bermula tengah malam ini sehingga 8 Januari depan.

Menurut kenyataan Kementerian Kewangan, harga runcit baharu petrol RON95 ialah RM1.84 seliter manakala harga baharu bagi petrol RON97 ialah RM2.14 seliter.

"Harga runcit diesel naik daripada RM1.98 sen seliter kepada RM2.01 seliter," menurut kenyataan itu.

Kementerian Kewangan menyatakan bahawa harga baharu itu adalah berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara. - Bernama

Artikel Berkaitan: