'MCA, MIC elak adakan Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi BN'

Program Bicara Minda Sinar Harian bersama Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hasan, di Dewan Karangkraf, di sini, hari ini. - Foto Sinar Harian/Rosli Talib
Program Bicara Minda Sinar Harian bersama Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hasan, di Dewan Karangkraf, di sini, hari ini. - Foto Sinar Harian/Rosli Talib
A
A
A

SHAH ALAM - Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hasan mendedahkan MCA dan MIC dilihat seolah-olah mengelak daripada mengadakan Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi BN.

Katanya, MCA sebelum ini juga telah meminta beliau untuk tidak mengadakan mesyuarat tersebut.

"Mungkin jika ada mesyuarat, mereka perlu bentang resolusi (berkaitan kedudukan parti dalam BN).

"Saya sendiri pun selepas ambil alih tugas Presiden Umno hanya sempat adakan mesyuarat mengejut dengan parti-parti komponen," katanya dalam Bicara Minda Sinar Harian di Dewan Karangkraf, di sini, hari ini.

Menurutnya, beliau sebelum ini pernah menjelaskan kepada rakan komponen BN bahawa parti itu bukan kerajaan lagi.

"Untuk tarik beban Umno tak mampu. Setiap parti perlu berusaha perkasakan parti masing-masing dan jika berjaya gabungan dalam BN akan kuat," katanya.

Ditanya adakah Umno tidak lagi memerlukan MCA dan MIC, Mohamad berkata, ia terpulang kepada parti-partu itu.

"Kita tidak menegah, kalau nak keluar, keluar (dari BN). Tapi kalau boleh kita bersama. Jangan masa senang sahaja mahu bersama," katanya.

Artikel Berkaitan:

Menyentuh soal kerjasama antara Umno dengan Pas, beliau menegaskan, kerjasama itu sebagai pembangkang di atas satu platform.

"Ramai yang salah faham tentang kerjasama dan ingat kita bergabung dalam satu parti. Setakat ini itu pendirian kita, saya tak dapat ramal masa depan," katanya.