Biro Siasatan Kemalangan Udara lakukan siasatan lanjut

Kapten Chester Voo
Kapten Chester Voo
A
A
A

PUTRAJAYA - Siasatan lanjut berhubung nahas sebuah helikopter persendirian terhempas di kawasan lapang di Jalan PKFZ West Port Pulau Indah, Pelabuhan Klang di antara jam 9.45 hingga 10 pagi pada Jumaat akan dibuat oleh Biro Siasatan Kemalangan Udara mengikut Bahagian XXVI Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam 2016.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), Kapten Chester Voo, helikopter jenis Robinson R66 yang dikendalikan oleh My Heli Club itu berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang pada jam 9.05 pagi dan berada di ruang udara Pulau Indah pada jam 9.21 pagi.

“Juruterbang melaporkan ops normal pada jam 9.45 pagi dan Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur tidak menerima sebarang panggilan kecemasan selepas itu.

“Setelah menerima maklumat mengenai kemalangan tersebut, CAAM telah mengaktifkan Aeronautical Rescue Coordination Centre,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Voo berkata, mangsa yang cedera itu dikenali sebagai Khairudin Dahlan, 73, (juruterbang) dan pembantu juruterbang, Moithu Kutti Mohamad berusia 53 tahun.

Kedua-dua juruterbang warga tempatan itu dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Artikel Berkaitan: