Penjual ayam goreng harap tahun baharu bawa sinar untuk keluarga

Dr Asmadi menghulurkan sumbangan daripada pihak Muip kepada Azhar dan keluarga ketika kunjungan beliau ke atas keluarga itu beliau pada Khamis
Dr Asmadi menghulurkan sumbangan daripada pihak Muip kepada Azhar dan keluarga ketika kunjungan beliau ke atas keluarga itu beliau pada Khamis
A
A
A

KUANTAN - Seorang penjual ayam goreng di pasar lambak berharap kehidupannya anak beranak pada tahun 2021 bertambah baik serta tidak lagi menetap di sebuah rumah yang daif tanpa bekalan elektrik dan air bersih di tepi sebuah belukar di Jaya Gading, dekat sini.

Azhar Zakaria, 49 berkata, dia dan isterinya, Zalina Che Mat, 52 tiada pilihan selain membina kediaman di kawasan tanah rancangan kelompok itu sebulan lalu sebagai tempat berteduh anak-anaknya seramai lima orang yang berusia dari 28 tahun hingga 11 tahun.

"Saya tidak mampu untuk mencari rumah sewa memandangkan perniagaan terjejas susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak Mac lalu.

Dr Asmadi menemui dan memberi kata-kata semangat kepada anak-anak Azhar ketika kunjungan beliau ke atas keluarga itu pada Khamis.
Dr Asmadi menemui dan memberi kata-kata semangat kepada anak-anak Azhar ketika kunjungan beliau ke atas keluarga itu pada Khamis.

"Buat masa ini saya menggunakan generator untuk bekalan elektrik dan menggali perigi bagi mendapatkan sumber air. Biarpun hidup serba kekurangan, saya bersyukur masih ada tempat untuk berteduh," katanya yang berniaga ayam goreng RM1 di sebuah pasar lambak di sini.

Menurut Azhar, empat orang anaknya yang lain sudah berkeluarga dan tidak lagi tinggal bersamanya.

Dalam pada itu, nasib keluarga Azhar akhirnya mendapat perhatian ramai pihak termasuk Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Muip), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) serta Persatuan Peniaga-Peniaga Pasar Lambak Kuantan yang tampil menghulurkan bantuan.

Artikel Berkaitan:

Dr Asmadi meninjau perigi yang digunakan untuk sumber air bagi keluarga Azhar sejak menghuni kawasan itu hampir sebulan lalu.
Dr Asmadi meninjau perigi yang digunakan untuk sumber air bagi keluarga Azhar sejak menghuni kawasan itu hampir sebulan lalu.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Baitulmal dan Operasi Muip, Dr Asmadi Abdul Rahman berkata, pihaknya terpanggil membantu keluarga itu selepas kisah mereka tular di media sosial.

Menurutnya, beliau bersama pengurus cawangan Muip Daerah, Khairuddin Hussin menziarahi keluarga itu pada Khamis untuk menghulurkan bantuan.

"Kita dimaklumkan bahawa tiga orang anak dari keluarga ini masih bersekolah. Jadi, bantuan diberikan bagi meringankan beban mereka," katanya.

Sementara itu orang ramai yang berhasrat membantu keluarga ini boleh menghubungi talian 017-9530711.

Dr Asmadi (kanan) bersama rombongannya meninjau keadaan persekitaran rumah keluarga Azhar ketika kunjungan beliau pada Khamis.
Dr Asmadi (kanan) bersama rombongannya meninjau keadaan persekitaran rumah keluarga Azhar ketika kunjungan beliau pada Khamis.