Maut dalam perjalanan bercuti ke Terengganu

Mangsa maut dalam kemalangan di Kilometer 386.8 Jalan Lebuhraya Pantai Timur 2 (Bukit Besi - Ajil), Hulu Terengganu pagi tadi.
Mangsa maut dalam kemalangan di Kilometer 386.8 Jalan Lebuhraya Pantai Timur 2 (Bukit Besi - Ajil), Hulu Terengganu pagi tadi.
A
A
A

HULU TERENGGANU - Seorang lelaki maut apabila motosikal yang ditunggangnya terbabas di Kilometer 386.8 Jalan Lebuhraya Pantai Timur 2 (Bukit Besi - Ajil) ketika dalam perjalanan ke Kuala Terengganu untuk bercuti bersama rakan-rakannya, pada pagi Jumaat.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud berkata, kejadian tersebut berlaku kira-kira jam 7.30 pagi dan lelaki tersebut dikenali sebagai Jamaludin Zainalabidin, 38, dari Segamat, Johor, meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah.

Menurutnya, sebelum itu mangsa yang menunggang sendirian, berkonvoi bersama rakan-rakannya.

"Berdasarkan maklumat awal, mereka bertolak dari Segamat jam 8 malam (Khamis) hendak menghala ke Kuala Terengganu untuk bersantai.

"Apabila sampai di tempat kejadian kira-kira jam 7.30 pagi, motosikal ditunggang mangsa secara tiba-tiba hilang kawalan, lalu terbabas dan bergesel dengan besi tengah penghadang jalan.

"Kita percaya mungkin ia disebabkan keadaan jalan raya yang licin dan hujan lebat sewaktu kejadian berlaku," katanya.

Tambah beliau, akibat insiden tersebut, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dan mayat dihantar ke Unit Forensik Hospital Hulu Terengganu untuk ujian swab serta bedah siasat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel Berkaitan: