Dua kereta remuk dihempap pokok tumbang

Dua kenderaan yang remuk akibat dihempap pokok di Kampung Geliga Besar, Kemaman, malam Khamis. - Foto Ihsan bomba
Dua kenderaan yang remuk akibat dihempap pokok di Kampung Geliga Besar, Kemaman, malam Khamis. - Foto Ihsan bomba
A
A
A

KEMAMAN - Dua buah kereta remuk akibat dihempap pokok tumbang dalam kejadian di hadapan sebuah hotel di Kampung Geliga Besar, di sini, malam Khamis.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Chukai, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd Zailani Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan jam 9.49 malam, sebelum sebuah jentera serta satu kenderaan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) bersama 11 anggota bergegas ke lokasi kejadian.

"Apabila sampai di tempat kejadian, kita dapati sebuah kereta jenis Honda Accord dan sebuah Proton Saga dihempap dua pokok, sebelum kerja-kerja mengalih segera dijalankan.

Bomba melakukan kerja memotong dan mengalihkan pokok yang tumbang. - Foto Ihsan bomba
Bomba melakukan kerja memotong dan mengalihkan pokok yang tumbang. - Foto Ihsan bomba

"Kita menggunakan dua gergaji besi dan dibantu oleh sebuah kren dari Majlis Perbandaran Kemaman untuk kerja-kerja memotong pokok yang tumbang.

"Operasi mengambil masa kira-kira 1 jam 30 minit untuk mengalihkan pokok yang menghempap dua kereta berkenaan," katanya ketika dihubungi pada Jumaat.

Mengulas lanjut, beliau berkata, keadaan angin sangat kencang dipercayai menjadi punca pokok itu tumbang.

Bagaimanapun, tiada sebarang kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu.

Artikel Berkaitan: