40 papan tanda haram usang diturunkan

Anggota penguatkuasa MDR menurunkan papan tanda haram yang dipasang tanpa kebenaran di sekitar Daerah Rembau pada Khamis
Anggota penguatkuasa MDR menurunkan papan tanda haram yang dipasang tanpa kebenaran di sekitar Daerah Rembau pada Khamis
A
A
A

REMBAU - Sebanyak 40 papan tanda usang dan iklan haram diturunkan oleh penguat kuasa Majlis Daerah Rembau dalam Ops Papan Tanda Haram pada Khamis.

Yang Dipertua Majlis Daerah Rembau (MDR), Mohamad Najib Mustafa berkata, tindakan tersebut dilakukan bagi mendidik dan memberi pengajaran kepada pemilik papan tanda yang terlibat.

Katanya, penguatkuasaan dilakukan secara menyeluruh termasuk menurunkan papan tanda usang milik kerajaan.

"Beberapa notis dikeluarkan kepada pemilik yang dikenalpasti namun tiada tindakan lanjut dikenakan ke atas pemilik papan tanda serta tiada sebarang kompaun dikenakan buat masa ini.

"Tindakan dilaksanakan berdasarkan Undang-Undang Kecil Iklan (Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Sembilan ) 1992," katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Anggota penguatkuasa MDR menurunkan papan tanda haram yang dipasang tanpa kebenaran di sekitar Daerah Rembau pada Khamis.
Anggota penguatkuasa MDR menurunkan papan tanda haram yang dipasang tanpa kebenaran di sekitar Daerah Rembau pada Khamis.

Tambahnya, MDR masih memberi peluang kepada pemilik untuk memohon permit dan kebenaran membina daripada MDR dan Jabatan Kerja Raya.

Kata Mohd Najib, sekiranya pemilik ingin menuntut kembali papan tanda mereka yang dirampas, kompaun kesalahan sebanyak RM250 akan dikenakan.

Artikel Berkaitan:

"Kita menasihatkan kepada mana-mana pihak yang ingin memasang papan tanda iklan, dapatkan dahulu kebenaran daripada PBT, jangan sesuka hati pasang kerana ia adalah satu kesalahan dan boleh dikenakan tindakan," katanya.