Sita 18 tangguk tangan bagi kegiatan curi anak kerang

Sebahagian tangguk tangan yang digunakan bagi aktiviti mencuri anak kerang di perairan Sabak Bernam disita dalam serbuan pada Jumaat.
Sebahagian tangguk tangan yang digunakan bagi aktiviti mencuri anak kerang di perairan Sabak Bernam disita dalam serbuan pada Jumaat.
A
A
A

SEKINCHAN - Pejabat Perikanan Daerah (PPD) Sabak Bernam menyita 18 tangguk tangan disyaki digunakan untuk kegiatan mencuri anak kerang di perairan Sabak Bernam.

Menerusi status dimuat naik di Facebook Jabatan Perikanan Selangor memaklumkan, seramai lima kakitangan PPD Sabak Bernam menjalankan serbuan itu di Jeti Kampung Nelayan Sungai Besar di sini, pada Jumaat.

Menurut kenyataan itu, serbuan pada jam 3 pagi itu merampas tangguk tangan yang masih mengandungi sisa anak kerang dianggarkan bernilai RM3,600.

"Kita mengesyaki wujud aktiviti mencuri anak kerang di perairan berkenaan," kata kenyataan terbabit.

Bagaimanapun kenyataan itu memberitahu, kesemua individu terlibat sempat melarikan diri ke arah laut menggunakan sampan dan membawa anak kerang yang disimpan dalam guni.

Artikel Berkaitan: