JPJ keluar 25,039 saman tahun lalu

Azrin (kanan) melihat kenderaan yang diperiksa semasa Ops Ambang Tahun Baru 2020 pada Khamis.
Azrin (kanan) melihat kenderaan yang diperiksa semasa Ops Ambang Tahun Baru 2020 pada Khamis.
A
A
A

SEREMBAN - Sebanyak 25,039 saman membabitkan pelbagai kesalahan lalu lintas dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri ini sepanjang tahun lalu.

Pengarah JPJ negeri, Azrin Borhan berkata, sepanjang tempoh itu juga, sebanyak 28,946 kesalahan juga dikesan hasil pemeriksaan ke atas 49,245 kenderaan.

Menurutnya, daripada jumlah itu sebanyak 19,763 kenderaan dikenakan tindakan.

"Antara kesalahan yang paling tinggi melibatkan kategori pelesenan kenderaan, iaitu 9,855 kes manakala bagi kes pelesenan pemandu sebanyak 9,107. Bagi kesalahan teknikal pula sebanyak 6,620 dan 3,364 pula kesalahan lebih muatan," katanya pada sidang akhbar selepas Ops Ambang Tahun Baru 2021 di sini, pada Khamis.

Turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah JPJ (Pengurusan) Aminurrahim Mohamed.

Tambahnya, melalui Unit Penguatkuasaan Bermotosikal (UPB) dan Unit Penguatkuasaan Lebuhraya (UPLR) mengesan kesalahan paling tinggi iaitu tidak memakai tali pinggang keledar dan melanggar lampu isyarat merah iaitu 1,671 kes.

Beberapa kenderaan yang diperiksa sempena Ops Ambang Tahun Baru 2020 pada Khamis.
Beberapa kenderaan yang diperiksa sempena Ops Ambang Tahun Baru 2020 pada Khamis.

Sementara itu, dalam Ops Sempena Ambang Tahun Baru semalam, JPJ merekodkan sebanyak 405 kesalahan daripada 677 kenderaan yang diperiksa.

Artikel Berkaitan:

Katanya, sebanyak 255 telah dikenakan tindakan atas pelbagai kesalahan.

Tambahnya, sntara kesalahan yang paling banyak berkaitan pelesenan pemandu iaitu 246, pelesenan kenderaan (101), teknikal (49) dan lain-lain kesalahan (9).

"Dalam operasi ini juga, seramai dua individu ditahan oleh AADK (Agensi Anti Dadah Kebangsaan) kerana positif dadah dan pihak polis pula turut mengeluarkan 26 saman atas pelbagai kesalahan yang dikesan," katanya.

Operasi selama dua jam di Jalan Senawang tu disertai seramai 158 pegawai dan anggota terdiri daripada JPJ, Polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, AADK, Jabatan Imigresen Malaysia dan Jabatan Alam Sekitar.