Bot karam, lima nelayan hilang di laut

Gambar hiasan 123RF
Gambar hiasan 123RF
A
A
A

BESUT - Seramai lima nelayan dilaporkan hilang di laut selepas bot yang mereka naiki karam berhampiran perairan Pulau Perhentian.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Abdul Rozak Mohammad berkata, kejadian itu berlaku kira-kira jam 1 tengah hari pada Khamis.

"Pihak kami mendapat maklumat awal kejadian pada jam 7.15 malam tentang kejadian berkenaan melibatkan seorang tekong dan empat awak-awak.

"Mangsa yang dilaporkan hilang ialah tekong dikenali Tuan Azaha Tengku Long @ Mansor, 46; anaknya Mat Rizal, 21 manakala yang lain hanya dikenali sebagai Ujang, 30; Mamat, 24, dan Sakri, 30.

"Kejadian berlaku akibat bot dimasuki air, disyaki bocor dan keadaan cuaca yang kurang baik," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Susulan itu, pihaknya telah melaporkan kejadian berkenaan kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Tok Bali untuk tindakan lanjut dan ke lokasi kejadian.

Jelasnya, usaha mencari dan menyelamat kini sedang digerakkan melibatkan 25 anggota APMM dan tiga anggota polis dari Balai Polis Pulau Perhentian.

Artikel Berkaitan: