X

Kindly register in order to view this article
!

[DIKEMASKINI] Projek kereta api laju HSR batal

Gambar hiasan
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur - Singapura (HSR) dibatalkan selepas tempoh penangguhan perjanjian terbabit berakhir pada Khamis.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Lee Hsien Loong menerusi satu kenyataan bersama berkata, kerajaan Malaysia mencadangkan beberapa perubahan terhadap projek HSR berkenaan kesan pandemik Covid-19 kepada ekonomi rakyat Malaysia.

“Kedua-dua kerajaan telah melakukan beberapa perbincangan berkaitan dengan perubahan ini dan belum dapat mencapai persetujuan.

“Oleh itu, perjanjian HSR telah berakhir pada 31 Disember 2020,” katanya.

Menurut kenyataan bersama itu, kedua-dua negara akan mematuhi tanggungjawab masing-masing dan meneruskan tindakan yang diperlukan hasil daripada penamatan perjanjian terbabit.

“Kedua-dua negara tetap komited menjaga hubungan dua hala yang baik dan bekerjasama rapat dalam pelbagai bidang,” katanya.

Sebelum ini pada 5 September 2018, kedua-dua kerajaan bersetuju untuk menggantung pembinaan projek dua hala itu sehingga 31 Mei 2020 bagi mencari cara terbaik untuk meneruskan projek tersebut.

Kerajaan Malaysia telah menyemak semula projek terbabit dengan MyHSR Corp untuk mengenal pasti pilihan pengurangan kos seperti mengkaji semula dan mengoptimumkan penjajaran, lokasi stesen dan model perniagaan.

Kedua-dua Perdana Menteri juga mengadakan perbincangan secara persidangan video pada 2 Disember lalu bagi menilai penangguhan kedua dan terakhir projek HSR sepanjang 350 kilometer itu yang berakhir pada 31 Disember.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!