X

Kindly register in order to view this article
!

[VIDEO] Suami isteri positif dadah ditahan ambang tahun baharu

Mohammad Yusoff menunjukkan antara kesalahan yang dikenakan tindakan oleh JPJ dalam operasi bersepadu di sekitar Bandar Meru Raya, di sini pada Khamis.
A
A

IPOH - Pasangan suami isteri positif dadah antara individu yang ditahan dalam Ops Bersepadu Ambang Tahun Baharu 2021 Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak di tiga lokasi sekitar Bandar Meru Raya di sini pada Khamis.

Kedua-dua mereka ditahan menaiki motosikal merupakan warga tempatan berusia 20 dan 21 tahun disahkan positif dadah jenis methamphetamine melalui hasil ujian saringan.

Pengarah JPJ Perak, Mohammad Yusoff Abustan berkata, operasi terbabit turut membabitkan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Perak.

"Kesemua anggota terlibat seramai 89 orang terdiri daripada 60 anggota JPJ, 18 anggota AADK dan 11 lagi anggota JIM. Operasi ini dijalankan bermula jam 8 hingga 12 tengah malam.

"Sasaran operasi membabitkan motosikal, kenderaan persendirian, kenderaan perdagangan dan kenderaan pengangkutan awam," katanya kepada pemberita pada sidang media di Institut Memandu Sri Perak, Bandar Meru Raya di sini sempena operasi tersebut.

Beliau berkata, tumpuan operasi bagi motosikal membabitkan kesalahan seperti pemasangan lampu tambahan, ubah suai ekzos, nombor pendaftaran, cermin sisi dan topi keledar manakala bagi kenderaan persendirian pula, pihaknya memberi fokus kepada cermin gelap, lampu HID, ubah suai kenderaan, nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi.

Menurut Mohammad Yusoff, sepanjang operasi tersebut, sebanyak 800 kenderaan diperiksa dan daripada itu 120 kenderaan diambil tindakan melibatkan 85 buah motosikal dan 35 buah kereta.

"Dalam operasi ini, jumlah keseluruhan kes yang dihasilkan sebanyak 305. Kesalahan membabitkan lesen memandu paling tinggi dicatatkan iaitu sebanyak 110.

"Selain itu juga, sebanyak 12 motosikal dan tiga kereta disita ketika operasi kali ini," katanya.

Sementara itu, AADK turut menahan lima individu berusia dalam lingkungan 20 hingga 40 tahun kerana positif dadah.

Pihak JIM pula berjaya menahan tujuh individu warga asing atas pelbagai kesalahan dalam operasi kira-kira empat jam itu.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!