Dalang palsu logo halal akan didakwa dalam masa terdekat

Rosol (tengah) melakukan kerja-kerja pembersihan sewaktu hadir menjayakan Program Gotong Royong dan Penyerahan Sumbangan ‘Food Bank’ di Sekolah Kebangsaan Lubuk Periok, Hulu Terengganu pada Khamis.
Rosol (tengah) melakukan kerja-kerja pembersihan sewaktu hadir menjayakan Program Gotong Royong dan Penyerahan Sumbangan ‘Food Bank’ di Sekolah Kebangsaan Lubuk Periok, Hulu Terengganu pada Khamis.
A
A
A

HULU TERENGGANU - Syarikat pengimport daging yang dipercayai menjadi dalang dalam pemalsuan logo halal membabitkan kes kartel daging akan didakwa dalam masa terdekat.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Rosol Wahid berkata, keputusan analisis daging daripada Jabatan Kimia telah diperoleh pada Isnin lalu dan kertas siasatan berhubung kes syarikat yang berpangkalan di Johor Bahru itu kini sedang disiapkan.

Menurutnya, selepas dilengkapkan, kertas siasatan itu akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya,

"Kita ambil maklum mengenai dakwaan yang tular di media sosial mengatakan semua daging import di Malaysia haram. Saya ingin tegaskan, dakwaan itu tidak betul kerana berdasarkan laporan daripada Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis), syarikat ini hanya mengedar kurang satu peratus dalam pasaran di negara ini.

"Justeru, masyarakat tidak perlu gusar mengenai status daging import yang ada di pasaran kerana kita telah ambil tindakan," katanya pada Program Gotong Royong dan Penyerahan Sumbangan ‘Food Bank’ kepada golongan memerlukan di Sekolah Kebangsaan Lubuk Periok, di sini pada Khamis.

Sementara itu, mengulas mengenai dakwaan yang mengatakan syarikat yang dilaporkan media tidak sama dengan syarikat yang didakwa di mahkamah, Rosol menjelaskan, pihaknya tidak pernah mendedahkan nama syarikat yang disiasat sehingga kes itu didakwa di mahkamah.

"Ada sesetengah pihak mendakwa isu kartel daging haram yang dibongkarkan, tetapi yang didakwa semalam ialah kes lori syarikat yang guna logo halal tidak diperakui. Tidak sewajarnya timbul isu ini sebab kita sudah maklumkan sebelum ini bahawa syarikat yang dituduh semalam adalah syarikat yang ada kaitan dengan syarikat yang sedang disiasat kerana isu kartel daging haram.

"Jadi, apabila ada pihak mengatakan kita melindungi pihak tertentu, ia adalah tuduhan tidak berasas sedangkan semuanya dalam tindakan dan siasatan kita. Syarikat yang menjadi dalang kes itu juga bakal didakwa," katanya.

Artikel Berkaitan:

Jelasnya, setakat ini hanya dua syarikat yang terbabit dalam penyalahgunaan logo halal berkenaan namun pihaknya sentiasa memantau dan meneruskan siasatan sekiranya terdapat pembabitan syarikat lain.

ARTIKEL BERKAITAN: Kartel daging: Beri kepercayaan pihak berkuasa siasat

[VIDEO] Dua pengarah syarikat pembekal daging didakwa guna logo halal tanpa perakuan

Nama syarikat terlibat kartel daging haram didedah selepas pendakwaan