DAP setuju cadangan wujudkan 'grand coalition'

Guan Eng ketika membuat tinjauan hari terakhir perkhidmatan feri di Pangkalan Raja Uda pada Khamis.
Guan Eng ketika membuat tinjauan hari terakhir perkhidmatan feri di Pangkalan Raja Uda pada Khamis.
A
A
A

GEORGETOWN - DAP bersetuju dengan cadangan pembentukan 'grand coalition' atau gabungan besar pembangkang diwujudkan untuk menentang Perikatan Nasional (PN) pada pilihan raya akan datang.

Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng berkata, bagi tujuan itu Pakatan Harapan (PH) akan mengadakan perbincangan pada Januari ini bersama beberapa parti komponen yang lain.

"Sekiranya kita bersatu, kita akan memiliki lebih banyak peluang untuk menang dan menentang PN.

"Kita akan bertemu dan berbincang terlebih dahulu dengan rakan-rakan lain pada Januari nanti," katanya ketika ditemui media selepas membuat tinjauan hari terakhir perkhidmatan feri di Pangkalan Raja Uda di sini pada Khamis.

Sebelum ini, Timbalan Presiden Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Datuk Marzuki Yahya dan Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mencadangkan agar pembangkang membentuk gabungan semula yang dikenali sebagai 'grand coalition'.

Cadangan itu disambut baik oleh Parti Amanah Negara (Amanah) yang melihat ia sebagai strategi penting untuk persiapan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Bagaimanapun cadangan itu menimbulkan reaksi tidak senang kepada Pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor yang enggan menerima penglibatan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Mengulas mengenai perkara sama, Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini berkata, mana-mana pihak termasuk Dr Mahathir wajib mematuhi prinsip perjuangan dikemukakan PH sekiranya ingin menyertai gabungan itu membentuk gabungan besar parti pembangkang.

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN: Undang Tun M sekalipun kena patuh prinsip PH, kata Anwar

AMK anggap ‘Grand Coalition’ sebagai idea pramatang

'Amanah terus perjuangkan soal gabungan'