X

Kindly register in order to view this article
!

Suspek utama curi barang kemas diberkas

A
A

MARANG - Polis menahan seorang suspek utama kes curi dua rantai emas bernilai RM40,000 di sebuah kedai emas di bandar daerah ini pada malam Rabu.

Lelaki berusia 32 tahun itu ditahan di sebuah rumah di Paka, Dungun oleh sepasukan Pegawai dan Anggota dari Cawangan D4 Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu bersama JSJ Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Marang dan Dungun.

Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Mohd Zain Mat Dris berkata, dalam serbuan itu, polis turut merampas sebuah kereta jenis Proton Gen 2 dipercayai digunakan dalam kejadian tersebut dan barang kemas yang dilarikan.

Menurutnya, pihaknya turut menahan seorang lelaki berusia 30 tahun di percayai rakan sepenjenayah suspek di rumah berasingan di sekitar daerah Dungun.

"Kedua-dua suspek akan direman untuk siasatan lanjut bagi mengesan saki baki rakan sepenjenayah dan juga barang-barang kes yang lain jika ada," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Khamis.

Sebelum ini, media melaporkan pemilik sebuah kedai emas di bandar Marang kerugian hampir RM40,000 apabila dua rantai emas dilarikan seorang lelaki yang menyamar sebagai pelanggan dalam kejadian kira-kira jam 5.10 petang pada 24 Disember lalu.

Suspek datang ke kedai berkenaan kononnya untuk membeli barang kemas sebelum dilayan anak pemilik kedai emas itu berusia 18 tahun.

ARTIKEL BERKAITAN: Rantai emas RM40,000 dilarikan 'pelanggan'


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!