Pelajar maut, penjual aiskrim parah

Motosikal jenis Honda EX5 ditunggang lelaki Pakistan terlibat dalam kemalangan Kilometer 12 Jalan Kuala Selangor - Rawang di sini Rabu.
Motosikal jenis Honda EX5 ditunggang lelaki Pakistan terlibat dalam kemalangan Kilometer 12 Jalan Kuala Selangor - Rawang di sini Rabu.
A
A
A

KUALA SELANGOR - [DIKEMASKINI] Seorang pelajar Tingkatan Empat maut, manakala seorang penjual aiskrim warga Pakistan parah selepas motosikal ditunggang mereka terbabit dalam kemalangan di Kilometer 12 Jalan Kuala Selangor-Rawang di sini Rabu.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.15 petang itu, mangsa, Muhammad Syamil Azizi Rosli, 16, yang beralamat di Batu 8, Kampung Asahan meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, kejadian berlaku ketika mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha 135LC dalam perjalanan dari arah Bestari Jaya ke Kuala Selangor.

"Ketika tiba di tempat kejadian, mangsa telah memotong sebuah motosikal yang ditunggang rakannya, namun gagal mengawal kenderaannya lalu melanggar bahagian belakang motosikal penjual aiskrim berusia 35 tahun yang berada di hadapannya.

"Akibat kemalangan itu, mangsa maut di tempat kejadian dan mayatnya dibawa ke Hospital Tanjong Karang untuk bedah siasat," katanya kepada Sinar Harian di sini pada Khamis.

Katanya, penjual aiskrim yang menunggang motosikal jenis Honda EX5 cedera parah di kepala dan patah tangan kiri dikejarkan ke hospital sama.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.

Artikel Berkaitan: