X

Kindly register in order to view this article
!

10 remaja terlibat parti liar dadah ditahan

Antara barangan yang dirampas pada serbuan di sebuah kondominium jalan Teluk Kemang pada Rabu.
A
A

PORT DICKSON - Seramai 10 remaja bawah umur ditahan kerana menganjurkan parti liar dan aktiviti penyalahgunaan dadah di sebuah kondominium di jalan Teluk Kemang di sini pada Rabu.

Serbuan kira-kira jam 9 pagi di sebuah bilik dalam kondominium itu dilakukan sepasukan anggota polis hasil maklumat yang diterima.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, dalam serbuan itu, pihaknya menahan enam lelaki dan empat perempuan berusia 15 hingga 17 tahun.

Menurutnya, polis juga merampas sejumlah bahan disyaki cecair mengandungi dadah iaitu sebuah port vape dan botol berwarna hitam dipercayai mengandungi dadah.

Aidi Sham
Aidi Sham

"Ujian air kencing terhadap kesemua suspek didapati negatif dan mereka tidak mempunyai sebarang rekod lampau," katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Katanya, kesemua yang ditahan berasal dari Kajang, Bangi dan Sepang, Selangor.

"Kesemua suspek juga dikenakan dikompaun setiap seorang kerana tidak mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat.

"Kesemua mereka akan disiasat mengikut Seksyen 12 (2) ADB 1952 Remaja Bawah Umur," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!