Staf positif Covid-19, KWSP Kota Kinabalu ditutup sementara

Gambar hiasan.
Gambar hiasan.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan menutup sementara pejabat dan kaunternya di Kota Kinabalu mulai Khamis sehingga dimaklumkan kelak untuk menjalankan proses disinfeksi dan sanitasi selepas seorang kakitangannya disahkan positif Covid-19.

Dalam kenyataan pada Khamis, ia memaklumkan pekerja berkenaan sedang menjalani rawatan manakala pengesanan kontak sedang dilaksanakan.

“Ahli-ahli yang telah membuat janji temu bagi tempoh ini dinasihatkan untuk menjadualkan semula urusan mereka melalui Janji Temu Online (JTO).

“Ahli juga boleh berurusan dengan mana-mana cawangan KWSP di Sabah yang masih beroperasi seperti biasa atau melaksanakan transaksi bagi perkhidmatan tertentu secara dalam talian melalui i-Akaun,” katanya.

Menurut KWSP, ia juga telah mengambil langkah perlu untuk menjaga kesihatan dan keselamatan para pekerjanya dan orang ramai.

Katanya, semua anggota perkhidmatan KWSP Kota Kinabalu akan menjalani ujian swab Covid-19, dan sekiranya positif, mereka akan mematuhi tempoh kuarantin wajib selama 14 hari mengikut garis panduan Majlis Keselamatan Negara.

KWSP berkata, ahli-ahli yang ingin mendapatkan penjelasan lanjut boleh menghubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di talian 03-8922 6000 atau merujuk laman web KWSP di www.kwsp.gov.my. - Bernama

Artikel Berkaitan: