X

Kindly register in order to view this article
!

Ronaldo belum mahu bersara

Cristiano Ronaldo
A
A

BINTANG Juventus, Cristiano Ronaldo belum mahu memikirkan mengenai persaraan dan sedia terus beraksi beberapa tahun lagi.

Menurutnya, dia juga mahu mewakili pasukan kebangsaan Portugal dalam saingan Piala Dunia 2022 selain menegaskan soal umur bukanlah penghalang untuknya terus bermain.

"Soal umur tidak penting, apa yang lebih penting adalah mengenai minda kita. Bukan perkara penting Cristiano Ronaldo berada dalam keadaan baik kerana anda tidak tahu apa yang bakal berlaku esok, saya hidup di saat ini.

"Buat masa ini, saya berasa gembira, tajam dan berada dalam keadaan terbaik. Saya berharap untuk terus beraksi tetapi anda tidak tahu apa yang berlaku selepas ini," katanya.

Ronaldo yang akan berusia 36 tahun pada Februari tahun depan terus menjadi watak penting bersama Juventus mengakhiri saingan Serie A musim lalu dengan 31 gol selain turut meledak 12 gol dalam 10 penampilan musim ini.

Dalam pada itu, Ronaldo turut mengakui terkesan dengan persembahan kurang meyakinkan Juventus dalam saingan liga musim ini selepas berada di kedudukan keenam Serie A.

Ronaldo menyifatkan pandemik Covid-19 menjadi salah satu punca apabila penyokong tidak dibenarkan untuk hadir ke stadium.

"Saya tidak suka bermain dalam stadium tanpa penonton. Ia seperti menghadiri sarkas tetapi anda tidak nampak badutnya.

"Pandemik ini membuatkan orang menjadi gila. Saya harap mereka akan membenarkan penyokong hadir ke stadium semula.

"Kita harus hidup dengan itu (Covid-19), kita harus berusaha untuk melakukan kehidupan yang normal tetapi tentunya kita harus menghormati peraturan. Tetapi untuk bermain tanpa penyokong, saya sangat tidak menyukainya," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!