California pula kesan varian baharu Covid-19

Gambar hiasan - Foto 123RF
Gambar hiasan - Foto 123RF
A
A
A

WASHINGTON - California muncul negeri kedua di Amerika Syarikat (AS) yang mengesan varian baharu Covid-19, kata Gabenor Gavin Newsom pada Rabu, lapor Agensi Anadolu.

Gabenor memaklumkan perkara itu ketika perbincangan maya dengan pengarah Institut Alergi Negara dan Penyakit Berjangkit, Dr Anthony Fauci.

Newsom berkata, pegawai mengenal pasti varian baharu - pertama kali dikesan di United Kingdom (UK) - di Selatan California.

Fauci 'tidak terkejut' dengan perkara itu dan kemungkinan varian baharu akan muncul di negeri-negeri lain.

Sebelum ini, Gabenor Colorado Jared Polis mengumumkan pegawai kesihatan negeri mengesan kes pertama membabitkan varian baharu itu.

"Penduduk California tidak perlu rasa aneh. Ini adalah sesuatu yang memang dijangka," kata Fauci.

Saintis di UK masih mengkaji varian itu, walaupun percaya ia 70 peratus lebih cepat merebak berbanding virus asal namun, tidak menyangka ia memberikan impak lebih buruk terhadap kesihatan. - Bernama

Artikel Berkaitan: