X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 29 November 2021

Kapal tangki ditahan berlabuh tanpa kebenaran

Sebuah kapal tangki dikesan bersauh tanpa kebenaran pada kedudukan lebih kurang 4.9 batu nautika barat daya dari Pulau Upeh pada Rabu.
A
A

MELAKA - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Melaka dan Negeri Sembilan menahan sebuah kapal tangki selepas dipercayai berlabuh tanpa kebenaran di luar batas pelabuhan Melaka di Tanjung Kling, di sini pada Rabu.

Timbalan Pengarah Operasinya, Komander Maritim Azman Samsudin berkata, dalam kejadian jam 1.15 petang itu kapal tangki berkenaan dikesan berlabuh oleh Jabatan Laut Malaysia pada kedudukan lebih kurang 4.9 batu nautika barat daya dari Pulau Upeh.

Menurutnya, hasil pemeriksaan ke atas kapal yang dikendalikan 26 kru warga Republik of Hellenic, Romania, Filipina dan Rusia berusia antara 19 hingga 56 tahun itu gagal mengemukakan sebarang kebenaran bersauh oleh pengarah Jabatan Laut Malaysia.

"Maklumat pengesanan telah disampaikan kepada bot ronda Maritim Malaysia yang sedang melaksanakan rutin operasi harian di perairan Melaka.

"Kapal tangki itu telah ditahan dan mereka disyaki melakukan kesalahan di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 dan kes telah diserahkan kepada Pegawai Penyiasat Ibu Pejabat Maritim Negeri Melaka dan Negeri Sembilan untuk tindakan lanjut," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Khamis.

Mengulas lanjut beliau berkata, Maritim Malaysia akan terus mempergiatkan lagi kerjasama yang baik dengan agensi kerajaan berkaitan dalam operasi penguatkuasaan bagi membanteras dan menyekat aktiviti jenayah di perairan Melaka dan Negeri Sembilan.

Orang ramai diminta menyalurkan sebarang maklumat berkaitan jenayah dan kecemasan di laut menerusi Pusat Operasi Maritim Negeri Melaka & Negeri Sembilan di talian 06-3876730 dan MERS 999 yang beroperasi secara 24 jam.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!