Ustaz Budak dituduh lagi esok

Foto mengenai Ustaz Budak yang tular di media sosial sejak Selasa.
Foto mengenai Ustaz Budak yang tular di media sosial sejak Selasa.
A
A
A

KOTA BHARU - Pendakwah dikenali sebagai Ustaz Budak yang juga mudir sebuah madrasah tahfiz di Machang yang terpalit isu gangguan seksual jantina sejenis akan dibawa ke Mahkamah Sesyen Kota Bharu lagi esok Khamis bagi berdepan dakwaan salah laku sekali gus menafikan berita dia sudah bebas sepertimana ditularkan dalam kalangan ‘Jabatan Netizen’ sejak Selasa.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat mengesahkan perkara itu dan menyatakan berita tersebar di media sosial tersebut adalah palsu.

“Ustaz Budak masih berada dalam tahanan polis bagi membantu siasatan empat laporan yang dibuat terhadapnya.

“Dia belum dibebaskan lagi, masih ditahan reman sehingga 3 Januari tahun depan. ‘Jabatan Netizen’ tidak tahu ni dan saya nasihatkan jangan sebar berita palsu.

“Hari ini saya sahkan dia masih dalam tahanan polis,“ katanya kepada pemberita pada Rabu hari ini.

Mengulas lanjut, Shafien berkata, satu kes dikaitkan dengan ustaz berkenaan, Syamsul Zaman Sukri, 32, sudah selesai didakwa di Mahkamah Kota Bharu manakala tiga lagi dalam siasatan.

“Tiga kes ini sudah pun dirujuk kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya,” katanya.

Pada 21 Disember lalu, Syamsul Zaman mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan atas dakwaan melakukan kelucahan melampau terhadap seorang ahli perniagaan berusia 30 tahun yang sama jantina dengannya.

Artikel Berkaitan:

Mahkamah menetapkan tarikh sebutan semua untuk serahan dokumen bagi kes tersebut pada 21 Januari tahun hadapan.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Ustaz Budak' didakwa cabul lelaki