X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 28 November 2021

15 polis IPD Kota Bharu kuarantin di rumah

15 anggota dan pegawai dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu jalani kuarantin selepas ujian swab seorang tahanan dari Selayang yang dibawa balik ke Kelantan untuk siasatan disahkan positif Covid-19. Gambar kecil: Shafien
A
A

KOTA BHARU - Seramai 15 pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu menjalani ujian swab dan kuarantin di rumah masing-masing selepas seorang tahanan dari Selayang yang dibawa balik ke Kelantan untuk siasatan disahkan positif Covid-19.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, kesemua yang terlibat sudah membuat ujian kali pertama dan menunggu untuk saringan kali kedua.

Shafien berkata, kesemua terlibat termasuk anggota yang mendapatkan perintah tahanan reman, pegawai penyiasat dan petugas di lokap sudah menjalani ujian swab untuk mengesan jangkitan wabak Covid-19.

“Setakat petang ini kita masih belum mendapat keputusan. Kesemua mereka sedang menjalani kuarantin di rumah masing-masing,” katanya kepada pemberita di sini pada Rabu hari ini.

Terdahulu, beliau melakukan pemantauan pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan di lokai Kluster Halban - Maahaf Tahfiz Daril Naim.

Shafien berkata, tahanan reman tersebut dibawa ke Kelantan untuk siasatan bagi kes tipu.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!