Fair Exports tegaskan produk daging patuhi piawaian halal

Fair Exports tegaskan produk mereka sentiasa patuhi piawaian halal ditetapkan pihak berkuasa.
Fair Exports tegaskan produk mereka sentiasa patuhi piawaian halal ditetapkan pihak berkuasa.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Fair Exports (India) Pvt Ltd menegaskan status halal ke atas semua produk mereka di bawah jenama Al-Tamam, Amroon dan Al-Fadeel di Malaysia mengikut piawaian halal yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.

Menerusi satu kenyataan pada Khamis, jurucakap syarikat terbabit menyatakan bahawa mereka sentiasa mematuhi piawaian ditetapkan dengan memantau seluruh proses bagi memenuhi standard pensijilan halal ditetapkan oleh badan pensijilan halal di India dikenali sebagai Jamiat Ulama-I-Hind Halal Trust.

Katanya, loji penyembelihan kerbau bagi ketiga-tiga jenama itu dipantau dan turut diiktiraf oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jabatan Perkhidmatan Vaterinar (DVS).

"Langkah ini bagi memastikan semua proses mematuhi segala prosedur halal yang ditetapkan.

“Produk kami juga telah dieksport ke lebih dari 29 buah negara di serata dunia termasuk Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Qatar, Kuwait, Iraq, Jordan, Maldives, Indonesia dan Mesir," katanya.

Dalam pada itu, jurucakap berkenaan turut memaklumkan daging sejuk beku mereka yang dieksport ke negara ini turut melalui proses secara terus kepada pembekal berlesen yang sah tanpa melibatkan pihak ketiga atau orang tengah.

Katanya, Fair Export menyokong penuh usaha kerajaan Malaysia membanteras jenayah penyeludupan daging secara tidak sah serta pemalsuan logo halal dan berharap isu ini dapat diselesaikan dengan segera.

"Ini adalah bagi memastikan aspek kehalalan dan keselamatan industri daging import sejuk beku halal terjaga, seterusnya menghilangkan kegusaran pengguna Muslim di Malaysia," katanya.

Artikel Berkaitan: