Baik pulih paip terputus Damansara Utama siap 54 peratus

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kerja pembaikan paip yang terputus akibat tanah runtuh di Damansara Utama dalam kejadian Selasa malam mencapai tahap 54 peratus setakat jam 4 petang tadi.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menerusi satu kenyataan pada Rabu berkata, kerja-kerja berkenaan dijangka siap sepenuhnya pada jam 6 pagi esok.

Menurut kenyataan itu, kerja pengalihan sementara paip bersaiz 1,000 mm dengan meletakkannya ke atas bahu jalan sedang dilakukan dalam usaha menyegerakan pengagihan air kepada pengguna terjejas.

"Dalam pada itu, aspek keselamatan pekerja menjadi keutamaan Air Selangor untuk memastikan kerja pembaikan dan pemulihan bekalan dapat dilaksanakan dengan baik.

ARTIKEL BERKAITAN: Tanah runtuh: Pengguna di daerah Petaling berdepan gangguan air

"Bantuan bekalan air melalui lori tangki sedang digerakkan ke kawasan terlibat selain pengguna boleh mendapatkan bekalan air melalui tangki statik yang diletakkan di dua Pusat Khidmat Setempat (PKS) yang disediakan," katanya.

Terdahulu, Air Selangor memaklumkan 43 kawasan di daerah Petaling dan 20 kawasan di Kuala Lumpur mengalami gangguan air tidak berjadual susulan kejadian paip putus akibat tanah runtuh.

Antara kawasan terjejas termasuk Kampung Bukit Lanjan, PJU 1A Ara Damansara, keseluruhan Taman Bukit Damansara dan Bukit Kiara.

Artikel Berkaitan:

Katanya, perkembangan status terkini pemulihan bekalan air boleh didapati di medium Komunikasi Air Selangor menerusi Twitter, Facebook dan Instagram serta laman sesawang www.airselangor.com.