'Sepatutnya kita janjikan bulan bintang...'

Mohamad Hasan
Mohamad Hasan
A
A
A

SHAH ALAM - BN mengakui tersilap strategi ketika melancarkan manifesto mereka pada PRU14 sehingga kalah pada PRU berkenaan.

Timbalan Presiden yang menjalankan tugas-tugas Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, manifesto BN pada PRU14 lalu tidak 'semanis' manifesto PH sehingga tidak berjaya 'memperdayakan' rakyat.

"Kita punya manifesto tak betul, apa orang nak, kita mesti tawarkan... manifesto bukan bajet.

"Pada PRU15 kita nak janjikan bagi bulan bintang, lagipun manifesto bukan kitab suci," katanya dalam program Bicara Minda Sinar Harian, di sini, hari ini.

Sementara itu menyentuh mengenai faktor kekalahan BN, Mohamad berkata, ada beberapa sebab yang menjadi punca.

"Kita kalah sebab tiga penjuru; salah calon; PH punya manifesto lemak manis; faktor Umno itu sendiri dan lain-lain," katanya.

Sementara itu menyentuh mengenai tanggungjawab beliau yang menjalankan tugas Presiden sekarang, Mohamad berkata, beliau selesa berkerja kerana semua pihak dalam Umno memberi kerjasama.

"Insya-ALLAH saya yakin kawan dalam Umno sedar dan faham perjuangan ini perlu diteruskan saya tak boleh sorang-sorang kebersamaan adalah penting.

Artikel Berkaitan:

"Ketenangan dalam Umno telah di pertingkatkan tiada masalah teras defisit ia tiada lagi," katanya.