PN digesa lunaskan isu tertunggak

Asyraf Wajdi
Asyraf Wajdi
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan Perikatan Nasional (PN) diminta melunaskan lima isu utama yang masih tertunggak demi kepentingan nasional dan rakyat menjelang tahun 2021.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, antara yang penting ialah penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Tabung Haji.

“Kedua, pendakwaan kepada pihak yang terlibat dengan kes pembunuhan Allahyarham Muhammad Adib sebagaimana hasil dapatan Inkues.

“Kemudian, kerajaan perlu membuka balik kertas siasatan dan pendakwaan terhadap kes-kes berprofil tinggi yang ditarik balik daripada pendakwaan di mahkamah mahupun ditutup siasatan pada zaman kerajaan Pakatan Harapan (PH) memerintah.

“Keempat, penambahbaikan inisiatif i-Sinar bagi membolehkan akaun satu KWSP dikeluarkan tanpa sebarang syarat dengan jumlah pengeluaran maksimum secara one-off RM10,000,” katanya di halaman Facebook pada Rabu.

Asyraf menambah, kerajaan juga perlu membuat pemantauan dan penambahbaikan kaedah lanjutan moratorium yang diberikan institusi kewangan komersial tanpa membebankan peminjam.

Menjelang Tahun baharu 2021, menjadi harapan Rakyat agar Kerajaan Perikatan Nasional dapat segera melunaskan 5 isu utama...

Posted by DR ASYRAF WAJDI DUSUKI on Tuesday, December 29, 2020