X

Kindly register in order to view this article
!

Moratorium: Pemuda UMNO minta BNM pantau bank

Asyraf Wajdi
A
A

SHAH ALAM - Pemuda UMNO meminta Bank Negara Malaysia (BNM) memantau setiap bank di Malaysia selepas kerajaan menyerahkan kepada mereka dalam soal moratorium pinjaman.

Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, masih ada bank yang mengenakan kadar faedah tambahan dengan memaksa pelanggan bersetuju dengan penstrukturan semula baki pinjaman.

"Situasi ini seolah-olah jika peminjam itu mahu mengambil moratorium, itu sahaja pilihan yang mereka ada.

ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda UMNO tidak berdiam diri isu i-Sinar, moratorium

"Dalam keadaan rakyat berdepan dengan Covid-19 dan kawalan pergerakan sehingga ada yang kehilangan punca pendapatan, apakah mungkin institusi kewangan yang mengaut keuntungan ratusan juta setiap tahun tidak merasakan itu tanggungjawab sosial mereka?" katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Beliau berkata, kerajaan juga tidak boleh lepas tangan dalam hal ini kerana ia merupakan salah satu daripada perkara yang diminta oleh Barisan Nasional (BN) berdasarkan hasrat rakyat.

"Kerajaan mempunyai kuasa melalui agensi yang ada seperti BNM bagi memastikan nasib rakyat ini terbela. Ia perlu ditangani sebaik mungkin," katanya.

Bercakap mengenai kemudahan i-Sinar Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Asyraf Wajdi berkata, pihaknya akan terus mendesak supaya proses pengeluaran oleh ahlinya dipermudahkan.

"Sehingga hari ini kita menerima ribuan aduan yang meminta supaya kriteria yang dikemukakan oleh KWSP dihapuskan.

"Apa yang berlaku pada hari ini mungkin sekali dalam 100 tahun dan tidak ada yang menyangka ia terjadi. Ramai yang berada dalam keadaan terhimpit dan melalui keperitan hidup disebabkan oleh Covid-19 ini," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!