PDRM tahan 231 individu ingkar arahan PKP

Ismail Sabri
Ismail Sabri
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan 231 individu pada Selasa atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah itu, seramai 225 telah dikompaun manakala enam lagi direman.

“Antara kesalahan ingkar arahan PKP termasuk gagal menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan (80), tidak memakai pelitup muka (71), aktiviti pusat hiburan (63), gagal mematuhi arahan penjarakkan fizikal (13) dan lain-lain (4),” menurutnya dalam kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata, bagi Op Benteng, sejumlah 29 lagi imigran berjaya ditahan dan 10 kenderaan darat dirampas manakala 110 sekatan jalan raya dilakukan pada Selasa.

Katanya, sebanyak 23 operasi sanitasi awam dilaksanakan pada Selasa yang meliputi 25 zon di 10 negeri.

Ketika memperincikan barangan keperluan asas, Ismail Sabri berkata, penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) pada Selasa telah melakukan 640 pemantauan harian ke atas 11 jenis bekalan barangan termasuk peruncit (458), pemborong (150) dan pengilang (32).

“Secara keseluruhan, bekalan barangan keperluan mencukupi dan mampu menampung keperluan dalam negara yang berterusan dan mudah diperoleh.

“Pegawai penguat kuasa KPDNHEP juga telah melakukan 534 pemeriksaan khas Pematuhan SOP Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dan mendapati kesemua premis telah mematuhi SOP yang telah ditetapkan,” katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan: