X

Kindly register in order to view this article
!

Pesakit warga emas maut terjatuh dari tingkat empat hospital

Gambar hiasan 123RF
A
A

KANGAR – Seorang pesakit lelaki warga emas berumur 69 tahun maut selepas jatuh dari wad di tingkat empat Blok A Hospital Tuanku Fauziah (HTF), di sini kira-kira jam 12.25 tengah malam Selasa.

Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Wari Kiew ketika dihubungi berkata, polis menerima panggilan kecemasan daripada pihak hospital mengenai kejadian itu pada jam 12.45 tengah malam, dan ia diklasifikasikan sebagai kes laporan mati mengejut.

Menurutnya polis masih menyiasat bagaimana kejadian itu boleh berlaku.

Sementara itu Pengarah HTF, Dr Othman Warijo berkata, pesakit itu telah dimasukkan ke wad melalui Jabatan Kecemasan pada Selasa lepas kerana mengadu sakit kepala dan muntah.

“Pesakit itu mengalami pendarahan akut di serebelum (acute cerebellar hemorrhage) berpunca daripada tekanan darah tinggi,” katanya dan sepanjang masa di wad, pesakit itu ditemani oleh anaknya. - Bernama


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!