Lima lokaliti hotspot kes denggi di MPAJ

Abd Hamid Hussain
Abd Hamid Hussain
A
A
A

PANDAN INDAH – Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) mengenalpasti lima lokaliti hotspot kes denggi yang dilaporkan sejak 24 Januari lalu.

Yang Dipertua MPAJ، Datuk Abd Hamid Hussain berkata، lima lokaliti itu antaranya di Taman Sri Angsana Hilir dan Jalan Jelatek mencatatkan 17 kes، Taman Bukit Teratai 21 kes، Lembah Jaya Utara 44 kes dan Taman Kencana 10 kes.

“Saya difahamkan ada satu kematian membabitkan kes denggi di Flat Sri Nilam pada awal tahun ini. Secara keseluruhan sebanyak 373 kes dilaporkan di kawasan MPAJ، ini merupakan satu jumlah yang amat membimbangkan، ” katanya.

Abd Hamid berkata، pihaknya memohon supaya masyarakat sentiasa memastikan kawasan kediaman bebas daripada pembiakan nyamuk aedes.

“Kita akan melaksanakan tindakan kawalan seperti pemusnahan tempat pembiakan (search and destroy)، selain mempergiatkan lagi aktiviti promosi dan pendidikan di sekolah seperti ceramah berkaitan denggi، ” katanya.

Beliau berkata، pembentukan One Stop Crisis Centre (OSCC)، berdasarkan arahan Jabatan Kesihatan Negeri Selangor dan Exco Kesihatan، Kebajikan، Pemberdayaan Wanita dan Keluarga Selangor، Dr Siti Mariah Mahmud.

“Ia adalah susulan peningkatan kes denggi yang semakin kritikal di negeri ini، OSCC juga diwujudkan di semua daerah dengan melibatkan Pejabat Kesihatan Daerah dan Pihak Berkuasa Tempatan bermula 21 Januari lalu sehingga 17 Februari ini، ” katanya.

Menurutnya، OSCC ini adalah bertujuan untuk menyelaraskan tindakan kawalan dan pencegahan denggi di pihak Pejabat Kesihatan Daerah dan Pihak Berkuasa Tempatan.

Artikel Berkaitan:

“Semua aset dan sumber manusia agensi berkaitan akan bergabung bagi tujuan penyelarasan kawalan dan pencegahan denggi dalam daerah، ” katanya.