Gadis cari bapa untuk jadi wali nikah

Nik Munira Mohd Sabri menunjukkan surat beranak beliau di Meru, Klang pada Rabu.
Nik Munira Mohd Sabri menunjukkan surat beranak beliau di Meru, Klang pada Rabu.
A
A
A

KLANG - Seorang gadis mencari bapa kandungnya supaya dapat menjadi wali pernikahannya tahun depan.

Nik Munira Mohd Sabri, 21, berharap dapat menemui bapanya secepat mungkin bagi melancarkan majlis pernikahannya bersama pasangannya, Abdul Malek Mokhtar, 43.

Nik Munira berkata, beliau terputus hubungan dengan bapanya, Mohd Sabri Sarasid, 59, selepas diserahkan kepada bapa angkatnya, Azman Hassan, 60, di Gua Musang, Kelantan semasa berusia sehari.

“Bapa dan ibu saya, Tun Moh Ku Mat, 54, adalah warga Thailand. Bapa angkat saya tidak pasti sama ada ibu bapa kandung masih tinggal di Gua Musang atau tidak.

"Ibu bapa kandung dan ibu bapa angkat saya terputus hubungan sehingga sekarang. Ibu bapa angkat sudah cuba mencari di Gua Musang tetapi mereka gagal dikesan," katanya.

Nik Munira berkata, sejak berusia sehari sehingga saat ini beliau tidak pernah menemui ibu bapa kandungnya.

Beliau berharap dapat segera menemui bapanya sebelum tarikh pernikahan yang belum ditetapkan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat di mana Mohd Sabri berada boleh menghubungi Azman di talian 0192171096.

Artikel Berkaitan: