Mayat mekanik ditemui atas batu

Zaiham (kanan) hadir meninjau operasi SAR mangsa lemas di Sungai Benus di sini yang disambung pagi tadi sebelum mayat mangsa berjaya ditemui.
Zaiham (kanan) hadir meninjau operasi SAR mangsa lemas di Sungai Benus di sini yang disambung pagi tadi sebelum mayat mangsa berjaya ditemui.
A
A
A

BENTONG - Mayat mangsa lemas di Sungai Benus, belakang bangunan sebuah pusat servis kenderaan di sini Isnin lalu ditemui pada Rabu.

Mayat mekanik, Tan Kok Meng, 59, ditemui terdampar di atas batu pada jam 11.20 pagi kira-kira lima kilometer dari tempat dia dilaporkan terjatuh.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, mayat mangsa ditemui pasukan penyelamat yang menyambung operasi mencari dan menyelamat (SAR) pagi tadi sebelum dihantar ke Hospital Bentong untuk bedah siasat.

"Justeru, operasi yang bermula Isnin lalu ditamatkan pada jam 1 tengah hari hari ini," katanya melalui satu kenyataan pada Rabu.

Dalam kejadian pada Isnin lalu, mangsa dikatakan membantu rakannya mengikat tali ke pokok di seberang sungai untuk menggerakkan jentera penyedut pasir ke bahagian tengah sungai.

Berdasarkan keterangan rakan terbabit, mangsa turun ke sungai bersama tali untuk ke seberang sebelum dihanyutkan arus deras.

Rakan mangsa cuba membantu namun gagal sebelum kejadian dilaporkan kepada pihak berkuasa untuk bantuan menyelamat.

SAR membabitkan 40 anggota penyelamat terdiri daripada polis, bomba dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dengan jarak pencarian sejauh lima kilometer pada hari pertama pencarian.

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN: Mekanik dihanyut arus dikhuatiri lemas