Pas perlu sokongan rakan politik untuk rampas Selangor

Foto yang dimuat naik oleh Khairil di laman Facebooknya pada Rabu.
Foto yang dimuat naik oleh Khairil di laman Facebooknya pada Rabu.
A
A
A

SHAH ALAM - Pas memerlukan sokongan rakan politik lain bagi membantu menumbangkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) di Selangor.

Ketua Pemudanya, Ir Khairil Nizam Khirudin berkata, pihaknya menyeru agar semua jentera Pas Selangor khususnya barisan pemuda parti itu agar dapat memberi sokongan penuh dalam menjayakan misi bagi memenangkan Muafakat Nasional dan Perikatan Nasional (PN) di negeri itu.

Beliau berkata, menerusi pertemuan bersama Ketua Penerangan Pas Selangor, Syarhan Humaizi pada Rabu, pihaknya berpuas hati dengan strategi-strategi parti itu khususnya melalui operasi Lajnah Penerangan Perhubungan Negeri dalam misi untuk merampas pentadbiran kerajaan di Selangor.

"Pagi ini dimulai dengan pertemuan sarapan saya bersama Al-Fadhil Ustaz Syarhan Humaizi. Kami sembang banyak perkara khususnya mengenai jentera parti di Selangor.

"Selangor ini unik kerana Pas memerlukan rakan politik bagi menggantikan kerajaan PH," katanya menerusi kemaskini di laman Facebook, pada Rabu.

Dalam pada itu, Khairil berkata, beliau juga akan terlibat sebaik mungkin untuk memperkukuhkan lagi misi Pas Selangor bersama Syarhan bagi merampas pentadbiran kerajaan negeri dalam Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15).

"Saya banyak pengalaman dalam dunia pemuda bersama ustaz Syarhan. Bertahun lamanya. Isteri kami juga kawan karib. Kini ustaz Syarhan adalah Pengarah PASTI Malaysia di dalam Kepimpinan Dewan Pemuda PAS Malaysia.

"Beliau adalah sahabat saya dunia akhirat," katanya.

Artikel Berkaitan: