X

Kindly register in order to view this article
!

Kawasan dipenuhi sampah sarap di Mersing dibersihkan segera

Kawasan Mersing yang dipenuhi dengan sampah sarap . Foto - FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
A
A

MERSING - Kerajaan Johor akan mengambil tindakan segera bagi membersihkan kawasan di Mersing yang dipenuhi dengan sampah sarap sekali gus mengembalikan semula imej daerah ini yang terkenal dengan sektor pelancongan serta potensi lain.

Pegawai Daerah Mersing, Mohd Radzi Mohd Amin berkata, beliau mengambil maklum dan menjunjung titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang murka dengan sikap segelintir rakyat di daerah ini yang mengabaikan soal kebersihan sehingga tempat-tempat awam dipenuhi sampah sarap.

Menurutnya, titah Sultan Johor juga membuktikan keprihatinan baginda terhadap daerah ini.

MOHD RADZI
MOHD RADZI

"Saya telah mengarahkan setiap jabatan-jabatan yang berkepentingan untuk bertindak segera bagi mengatasi isu sampah tersebut.

"Walau bagaimanapun, sikap dan kesedaran di kalangan semua pihak perlu ada untuk menjaga kebersihan di daerah Mersing ini dengan tidak membuang sampah di tempat yang tidak sepatutnya," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata, sejak dilantik sebagai Pegawai Daerah Mersing yang baharu pada 22 November lalu, beliau telah merencanakan pelbagai rancangan untuk memaksimumkan potensi daerah ini termasuk memperkenalkan slogan Mersing Kesayangan Kita dan 'Amazing Mersing'.

Pada Selasa, menerusi muat naik di laman Facebook rasmi Sultan Johor bertitah, baginda murka dengan sikap segelintir rakyat di daerah Mersing yang mengabaikan soal kebersihan sehingga tempat awam dipenuhi sampah sarap.

Baginda bertitah, Mersing yang merupakan sebuah daerah pelancongan bukan sahaja menjadi tumpuan pelancong dari luar negara, malah kaya dengan keindahan alam semula jadi.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!