X

Kindly register in order to view this article
!

United menuju puncak

Rashford meraikan jaringannya pada perlawanan berkenaan.
A
A

KEMENANGAN 1-0 Manchester United ke atas Wolves di Old Trafford pada awal pagi Rabu, meyakinkan Ole Gunnar Solskjaer bahawa skuad kendaliannya itu telah bersedia untuk 'mendaki' dan menawan puncak Liga Perdana Inggeris (EPL).

Menurut Solksjaer, hasrat berkenaan dilihat mampu direalisasikan hasil kemenangan 1-0 menewaskan Wolves pada awal pagi Rabu yang sekali gus menyaksikan skuad The Red Devils itu hanya dipisahkan hanya dua mata dengan pendahulu, Liverpool.

"Sama a da kami bernasib baik atau ia (kebetulan) berlaku secara kebetulan, tetapi itulah yang akan berlaku apabila sesebuah pasukan dalam keadaan terdesak.

"Ia juga perkara yang ditekankan dalam mesyuarat di awal musim kerana ia seakan satu 'tradisi' kita tidak berjaya meraih mata pada penghujung perlawanan hingga memberikan kesan dari aspek fizikal dan mental pemain.

"Bagaimanapun, kini kami memiliki kelompok pemain yang baik serta cergas bagi memastikan kejayaan pasukan pada penghujung perlawanan," katanya.

Rashford melepasi kawalan pertahanan Wolves pada perlawanan berkenaan.
Rashford melepasi kawalan pertahanan Wolves pada perlawanan berkenaan.

Pada perlawanan berkenaan, Marcus Rashford muncul wira United apabila menjaringkan gol tunggal perlawanan pada masa kecederaan.

Kemenangan itu menyaksikan United kini berada pada kedudukan kedua EPL dengan 30 mata hasil sembilan kemenangan, seri tiga kali dan tewas tiga kali daripada 15 perlawanan setakat ini.

Sementara itu, Solskjaer mendedahkan bahawa kesebelasan United sebenarnya tidak beraksi dengan baik pada perlawanan berkenaan.

Malah katanya, kesebelasan pemainnya juga berdepan kesukaran untuk beraksi berdepan skuad kendalian Nuno Espirito Santo itu.

“Kami sebenarnya tidak beraksi dengan baik, tetapi kami tetap berjaya memenangi perlawanan ini.

"Kini, kami hanya mahu memberikan fokus kepada perlawanan seterusnya," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!