X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 25 Oktober 2021

[VIDEO] Dua pengarah syarikat pembekal daging didakwa guna logo halal tanpa perakuan

Rahman Sheikh Abdullah dan Raihanah Kassim (duduk) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Johor Bahru di sini pada Rabu.
A
A

JOHOR BAHRU - [DIKEMASKINI] Sebuah syarikat pembekal daging dan dua pengarah syarikat terbabit mengaku tidak bersalah kerana menggunakan logo halal tanpa diperakui sebagai halal oleh pihak berkuasa di Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu.

Raihanah Cold Storage Sdn Bhd, yang diwakili Rahman Sheikh Abdullah, 44, dan Raihanah Kasim, 42, selaku Orang Kena Saman (OKS) dan merupakan pemilik syarikat Raihanah Enterprise membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadap mereka di hadapan Hakim Mohd Haldar Abd Aziz.

Mengikut pertuduhan pertama, Raihanah Cold Storage Sdn Bhd yang diwakili pasangan suami isteri itu didakwa telah memperakui perkhidmatan yang berhubung dengan makanan adalah halal dengan menggunakan logo halal tanpa diperakui halal oleh pihak berkuasa dengan sebuah lori jenama Isuzu.

Perbuatan tersebut didakwa dilakukan di premis berkenaan di Taman Perniagaan Setia di sini kira-kira jam 1 petang 1 Disember lalu.

Pendakwaan dijalankan mengikut Perenggan 8(a) Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011 yang boleh dihukum di bawah Perenggan 8 (A) perintah yang sama.

Jika sabit kesalahan, syarikat itu boleh didenda maksimum RM200,000 dan bagi kesalahan kedua serta seterusnya, didenda sehingga RM500,000.

ARTIKEL BERKAITAN: Sindiket kartel palsu jenama daging hanya libatkan satu syarikat

Nama syarikat terlibat kartel daging haram didedah selepas pendakwaan

Syarikat palsukan logo halal didakwa esok

Bagi pertuduhan kedua, Rahman dan Raihanah selaku pengarah syarikat Raihanah Enterprise didakwa melakukan kesalahan sama di sebuah lori model Mitsubishi di lokasi dan waktu yang sama.

Pertuduhan itu dibuat mengikut Perenggan 8(a) Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011 yang boleh dihukum di bawah Perenggan 8 (B) perintah yang sama dan dibaca bersama Sesyen 34 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan, mereka boleh didenda maksimum RM100,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya dan bagi kesalahan kedua serta seterusnya, didenda sehingga RM200,000 atau penjara maksimum lima tahun.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, T Ashivinii memohon mahkamah mengenakan jaminan tinggi dan RM50,000 kerana kes logo halal itu mendapat liputan meluas media di samping dibincangkan di Parlimen.

Peguam Lau Kok Guan dan Noor Liana Hashim yang mewakili kedua-dua tertuduh merayu agar jumlah itu dikurangkan.

Hakim Mohd Haldar membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin sebanyak RM 40,000 setiap seorang dan menetapkan 19 Januari depan bagi sebutan semula kes.

ARTIKEL BERKAITAN: Kartel tukar daging haram jadi halal

Tiada isu kartel daging ketika jadi PM: Najib

Seludup wagyu dalam kontena babi

Gudang kartel proses daging babi


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!