X

Kindly register in order to view this article
!

Askar Syria maut serangan Israel

Gambar fail menunjukkan sistem pertahanan Syria bertindak balas terhadap serangan peluru berpandu dipercayai dari Israel di Damsyik. - Foto AFP
A
A

DAMSYIK - Seorang askar Syria terbunuh dan tiga lagi cedera dalam satu serangan Israel di kawasan yang diduduki tentera dekat Damsyik, lapor agensi berita SANA pada Rabu yang memetik sumber ketenteraan.

"Hari ini pada pukul 1.30 pagi (waktu tempatan) tentera Israel melancarkan serangan udara dengan peluru berpandu dilancarkan dari utara Galilee menyasarkan sebuah unit pasukan pertahanan udara di kawasan Nabi Habeel," kata sumber ketenteraan.

"Pasukan pertahanan kami menangani beberapa serangan peluru berpandu itu yang menyebabkan seorang terkorban dan tiga lagi askar cedera," tambah sumber tersebut.

Kedudukan Pergerakan Hezbollah yang berada dekat bandar Zabadani berhampiran sempadan Lubnan turut menjadi sasaran dalam serangan udara tersebut, menurut badan Pemantau Syria Untuk Hak Asasi Manusia yang beribu pejabat di Britain.

Israel bagaimanapun enggan mengesahkan atau menafikan melancarkan serangan tersebut.

"Kami tidak membuat komen berdasarkan berdasarkan laporan media asing," kata seorang jurucakap tentera kepada AFP.

Israel telah melancarkan ratusan serangan di Syria sejak permulaan perang saudara di negara itu pada tahun 2011.

Ia menyasarkan tentera kerajaan, pasukan bersenjata yang bersekutu dengan Iran dan para pejuang Hezbollah.

Rejim Zionis juga jarang mengesahkan operasi ketenteraannya di Syria tetapi menyatakan kehadiran Iran bagi menyokong Presiden Bashar Al-Assad merupakan satu ancaman yang akan menyebabkan tentera Israel akan memberikan tindak balas di negara tersebut. - AFP


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!