Mercato Solaris Mont Kiara tawar lebih 2,000 produk

Mercato Solaris Mont Kiara kini beroperasi dan menawarkan pelbagai produk tempatan dan antarabangsa.
Mercato Solaris Mont Kiara kini beroperasi dan menawarkan pelbagai produk tempatan dan antarabangsa.
A
A
A

MERCATO Solaris Mont Kiara kini memulakan operasi dengan menawarkan lebih 2,000 produk merangkumi makanan dan bunga segar.

Pengarah Operasi Stor, Malaysia dan Singapura, Mark Scates berkata, dengan lokasi strategik di Mont Kiara, jenama pasar raya premium di bawah GCH Retails itu menawarkan pelbagai produk tempatan dan antarabangsa.

Menurutnya, ia cawangan Mercato yang keempat selepas pembukaan di Pavilion dan Hartamas di Kuala Lumpur serta Gurney Plaza, Pulau Pinang.

"Mercato menawarkan produk berkualiti, nilai, perkhidmatan dan keselesaan dalam satu lokasi kepada pelanggan. Mereka juga boleh menikmati pengalaman membeli-belah dan layanan yang mesra daripada kakitangan kami," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, terdapat pelbagai produk disediakan untuk pelanggan antaranya bunga segar, herba, beberapa jenis keju baharu, daging dan makanan laut.

Katanya, selain ruang aiskrim, kekacang dan buah-buahan kering, Mercato turut menawarkan lebih 100 jenis sayur organik, 200 jenis bahan organik selain bar jus segar untuk pelanggan.

Untuk maklumat lanjut dan mengetahui promosi menarik, sila lawati halaman Facebook Mercato Malaysia di www.facebook.com/MercatoMalaysia.

Artikel Berkaitan: