X

Kindly register in order to view this article
!

Kisah pelajar 14 tahun tarik perhatian Ketua Polis Petaling Jaya

Nik Ezanee meluangkan masa bertemu Muhammad Nor Faizal yang menjadi mangsa kecurian baru-baru ini.
A
A

PETALING JAYA - Kisah seorang pelajar berusia 14 tahun yang menjadi mangsa kecurian telah menarik perhatian Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal untuk turun padang bertemu dengan remaja berkenaan pada Selasa.

Muhammad Nor Faizal Nordin mencari duit poket ketika cuti sekolah dengan bekerja sambilan menjual burger tepi jalan di Jalan Nuri Seksyen 7, Kota Damansara.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi baru-baru ini, Muhammad Nor Faizal kehilangan telefon bimbit, wang tunai dan barang jualan di kedai burger di tempatnya bekerja ketika dia ke tandas.

Nik Ezanee melihat Muhammad Nor Faizal menyiapkan tempahan burger.
Nik Ezanee melihat Muhammad Nor Faizal menyiapkan tempahan burger.

Menurut perkongsian di Facebook Polis Daerah Petang Jaya pada Selasa, atas dasar prihatin, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya telah menyumbangkan sebuah telefon bimbit kepada mangsa.

"Ia bagi memberi semangat kepada remaja itu untuk terus cekal dalam menghadapi cabaran di dalam kehidupan.

"Dengan hanya usaha kecil, namun tidak ramai orang yang memanfaatkan peluang itu untuk mengubah dunia, hanya satu kebaikan sehari," menurut perkongsian itu.

"One Good Deed A Day.." PETALING JAYA, 29 Disember 2020 (Selasa) - YDH Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Nik Ezanee...

Posted by Polis Daerah Petaling Jaya on Tuesday, December 29, 2020


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!