MI17 bantu padam kebakaran di Gunung Baling

 MI17 yang tiba di padang SMK Bongor pada jam 12.45 tengah hari.
MI17 yang tiba di padang SMK Bongor pada jam 12.45 tengah hari.
A
A
A

BALING - Helikopter MI17 dari Pengkalan Udara Subang, Selangor memulakan operasi memadam kebakaran di Gunung Baling selepas mendarat di padang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bongor jam 12.45 tengah hari.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Baling, Penolong Penguasa Bomba Jamil Mat Daud berkata, operasi berkenaan bermula kira-kira jam 2.45 petang dan dijalankan mengikut jam penerbangan helikopter berkenaan.

“Sekarang jam penerbangan helikopter itu berkurangan, jadi kita akan habiskan dalam tempoh dua jam. Jika tidak selesai petang ini, kita akan sambung lagi pada pagi esok,” katanya kepada Sinar Harian di SMK Bongor di sini.

Helikopter bomba memulakan penerbangan untuk memadamkan kebakaran di Gunung Baling.
Helikopter bomba memulakan penerbangan untuk memadamkan kebakaran di Gunung Baling.

Menurutnya, operasi hari ini turut memfokuskan unit bantuan dari darat melibatkan 101 anggota pelbagai agensi namun musim kemarau dan tiupan angin menyebabkan kebakaran di Gunung Baling cepat marak dan sukar dikawal.

[ARTIKEL BERKAITAN: Kurang bekalan air di Gunung Baling sukarkan operasi]

“Musim kemarau dalam tempoh dua minggu kebelakangan ini menyebabkan pokok-pokok semakin kering dan mempercepatkan proses kebakaran.

“Punca kebakaran belum dikenal pasti tetapi berdasarkan pengalaman kejadian sebelum ini, kita tidak menolak kemungkinan ia berpunca akibat perbuatan khianat,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Helikopter bomba memulakan penerbangan untuk memadamkan kebakaran di Gunung Baling.
Helikopter bomba memulakan penerbangan untuk memadamkan kebakaran di Gunung Baling.