Sila log masuk terlebih dahulu.

Gangguan air: 9 kawasan masih dalam proses pemulihan

Gambar hiasan - Foto 123RF
Gambar hiasan - Foto 123RF
A
A
A

SHAH ALAM - Sembilan kawasan di wilayah Klang dan Shah Alam masih berada dalam proses pemulihan bekalan air susulan insiden paip pecah di Bulatan Persiaran, Seksyen 15 pada Isnin.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menerusi satu kenyataan pada Rabu berkata, sehingga jam 7 pagi, bekalan air di 84 peratus kawasan terlibat telah pulih sepenuhnya.

Menurutnya, antara kawasan yang belum menerima bekalan air adalah Jalan Raja Lumu, Jalan Kem, Kampung Kastam, Kampung Pendamar, Pandamaran,Persiaran Raja Muda Musa, Taman Berembang, Taman Pendamar Indah dan Taman Suria Pendamar.

"Semua kawasan ini akan menerima bekalan air secara berperingkat dan dijangka pulih sepenuhnya pada jam 12 tengah hari pada Rabu," katanya.

Sebelum ini, sejumlah 58 kawasan sekitar wilayah Klang dan Shah Alam serta 72 kawasan di Petaling dilaporkan berdepan gangguan bekalan air susulan insiden paip pecah tersebut.

Dalam pada itu, Air Selangor berkata, semua 72 kawasan di wilayah Petaling juga telah mula menerima bekalan air susulan gangguan tersebut.

"Air Selangor mengucapkan terima kasih kepada semua pengguna di atas kesabaran dan kerjasama yang diberikan sepanjang tempoh gangguan," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Gangguan bekalan air di Klang, Shah Alam dan Petaling

Artikel Berkaitan: