1,160 petugas lebuh raya bantu pengguna ke pantai timur

Pasukan LPT Ronda membantu pengguna lebuh raya yang mengalami kerosakkan kenderaan.
Pasukan LPT Ronda membantu pengguna lebuh raya yang mengalami kerosakkan kenderaan.
A
A
A

KUANTAN – ANIH Berhad dan Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 2 Sdn Bhd menempatkan 1,160 petugas bagi membantu pengguna rangkaian lebuh raya di bawah kendaliannya sempena cuti akhir tahun ini.

Ia membabitkan Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK), LPT Fasa 1 (LPT1) dan LPT2 dengan petugas membabitkan anggota ronda, pasukan penyelenggaraan lebuh raya serta Pusat Kawalan Trafik bagi memastikan kelancaran perjalanan ke tiga negeri di pantai timur.

Pengarah Eksekutif ANIH Berhad, Datuk Nik Fauzi Nik Hussein berkata, lebuh raya itu dijangka menjadi pilihan utama pengguna ke pantai timur berikutan musim tengkujuh yang menyebabkan beberapa kawasan terutamanya di jalan pesisir negeri dan persekutuan berlaku banjir.

Pandangan udara KLK berhampiran terowong Genting Sempah.
Pandangan udara KLK berhampiran terowong Genting Sempah.

"Pengguna lebuh raya ini dijamin bukan sahaja dapat menikmati perjalanan yang lancar dan menjimatkan masa, malah dapat menikmati kemudahan seperti Kawasan Rehat dan Rawat (R&R), bantuan kecemasan dan perkhidmatan rondaan 24-jam sedia ada di rangkaian lebuh raya E8 kendalian ANIH Berhad sepanjang 234 kilometer," katanya melalui satu kenyataan pada Rabu.

Sementara itu, Pengarah LPT 2 Sdn Bhd, Zakaria Ahmad Zabidi berkata, LPT2 yang merangkumi laluan sepanjang 184 kilometer bermula dari Jabor, Kuantan hingga Kuala Terengganu dilengkapi dengan sembilan hentian.

"Sekiranya berlaku kecemasan, terdapat kira-kira 60 anggota pasukan Rondaan LPT2 yang sedia membantu pengguna 24 jam sehari,” katanya.

Zakaria berkata, pihaknya menyarankan kepada pengguna yang terjejas sewaktu musim tengkujuh supaya menggunakan lebuh raya LPT2 sekiranya laluan pesisir negeri atau persekutuan ditutup akibat banjir bagi meneruskan perjalanan ke Terengganu, Kuantan atau Lembah Klang.

Artikel Berkaitan:

Hentian Rehat dan Rawat Genting Sempah menyediakan pelbagai kemudahan kepada pengguna.
Hentian Rehat dan Rawat Genting Sempah menyediakan pelbagai kemudahan kepada pengguna.

"Pengguna juga dinasihatkan untuk terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan bagi melandaikan lekuk jangkitan Covid-19 terutamanya ketika menggunakan kemudahan di hentian sebelah dan R&R.

"Pada masa yang sama, pastikan kad Touch ‘n Go mempunyai baki yang mencukupi sebelum memasuki lebuh raya," katanya.