Liputan Celcom dinaik taraf

Celcom turut melaksanakan kerja-kerja naik taraf rdi Kampung Bukit Pampong di Raub, Pahang.
Celcom turut melaksanakan kerja-kerja naik taraf rdi Kampung Bukit Pampong di Raub, Pahang.
A
A
A

CELCOM Axiata Berhad (Celcom) memacu kira-kira RM256 juta pelaburan rangkaiannya bagi menaik taraf kapasiti rangkaian dan membina lebih banyak menara komunikasi 4G di seluruh negara, menambah baik liputan serta kualiti 4G di kawasan pedalaman dan bandar.

Penambahbaikan yang dilakukan itu ternyata memberikan manfaat kepada penduduk terlibat apabila mereka mula menerima liputan telekomunikasi yang lebih baik.

Penghulu Kampung Bukit Petai 7 Jerangau, Tanah Merah, Kelantan, Mohd Azmi Ahmad berkata, beliau berterima kasih kepada Celcom kerana dapat menyelesaikan masalah liputan yang teruk dengan pantas.

Mohd Azmi Ahmad
Mohd Azmi Ahmad

“Kami berasa gembira kerana akhirnya kami dapat menggunakan rangkaian internet yang lebih pantas,” katanya.

Penduduk, Nurlieda Khaleeda Mohd Azmi berkata, dia berpuas hati kerana dapat menikmati liputan yang lebih baik apabila Celcom telah membina pencawangnya di kampungnya.

Nurlieda Khaleeda Mohd Azmi
Nurlieda Khaleeda Mohd Azmi

Katanya, sebelum ini kawasan penempatannya hanya menerima liputan daripada satu syarikat telekomunikasi tapi liputannya tidak memuaskan.

Artikel Berkaitan:

“Selepas Celcom memasang pencawangnya di sini, liputan yang kami terima lebih baik dan pantas daripada sebelumnya,” katanya.

Antara kawasan lain yang turut terlibat dengan proses naik taraf rangkaian Celcom adalah Kampung Bukit Pampong di Raub, Pahang dan Kampung Jemukan di Asajaya, Sarawak.

Mengulas lanjut mengenai inisiatif yang dilaksanakan oleh Celcom, Ketua Pegawai Eksekutifnya, Idham Nawawi berkata, pelaburan itu disokong dengan modal pelaburan yang diperuntukkan pada tahun kewangan 2021, meliputi naik taraf serta optimisasi hampir 1,000 tapak rangkaian 4G di Sabah dan Sarawak bagi menambah baik liputan 4G di kawasan pedalaman.

Katanya, Celcom telah mencatatkan pertumbuhan positif dengan peningkatan pelanggan, hasil, kos dan keuntungan pada asas suku tahunan bagi suku ketiga 2020 dengan peningkatan lebih 40 peratus trafik data berbanding suku terakhir 2019.

Katanya, Celcom menyasarkan sebanyak 4,700 tapak rangkaian iaitu sebanyak 49 peratus di kawasan dan 51 peratus di kawasan luar bandar untuk dinaik taraf serta dioptimumkan dengan naik taraf kapasiti, pemasangan peralatan 4G yang baharu dan program optimisasi rangkaian teras menjelang Februari 2021.

Beliau berkata, program optimisasi kluster seluruh negara bagi 3,600 tapak akan diteruskan bagi meningkatkan kapasiti dan selesaikan masalah buffering serta sediakan kualiti panggilan suara dan video untuk pelanggan yang dijangka selesai menjelang Ogos 2021.

“Kami sentiasa mengambil berat akan keperluan rakyat walaupun di sepanjang PKP, dan kami sedar bahawa kami perlu terus memastikan kesalinghubungan kepada semua golongan masyarakat khususnya di luar bandar.

“Sehingga kini, rangkaian Celcom terus mendahului sebagai liputan paling meluas di negara ini dengan lebih 11,500 tapak seluruh negara yang berkhidmat untuk lebih 13 juta pengguna,” katanya.