[INDIVIDU TAHUN 2020] ‘Tak hensem takpa janji kaya’

Nazri Khan
Nazri Khan
A
A
A

Sinar Harian senaraikan 15 Individu Tahun 2020 di Malaysia.

- Datuk Dr Nazri Khan

Gara-gara slogan ‘Tak hensem takpa janji kaya’, nama Datuk Dr Nazri Khan atau lebih dikenali sebagai DDNK kini semakin popular dalam kalangan rakyat Malaysia.

Terkenal sebagai pakar pelaburan saham, DDNK menganjurkan seminar mengajar ilmu pelaburan kepada pengikut-pengikutnya serta orang ramai yang mahu menjana pendapatan menerusi pelaburan saham.

Berikutan pengaruh dan kejayaan DDNK, beliau turut dilantik Tan Sri Vincent Tan selaku Ketua Pegawai Eksekutif di Berjaya Inter-Pacific Asset Management Sdn Bhd.

DDNK merupakan merupakan graduan Ekonomi dan Kewangan dari Universiti of Manchester, United Kingdom dan pemegang Ijazah kedoktoran (PhD) dari Universiti Multimedia.

Beliau juga telah dilantik sebagai Profesor Adjung oleh Universiti Multimedia atas kebolehan dan kepakarannya dalam pelaburan saham.

Sebelum dikenali sebagai pakar pelaburan saham, DDNK pernah memegang jawatan sebagai Naib Presiden Kanan Philip Capital Management Investment dan Naib Presiden Kanan Affin Hwang Bank selama 10 tahun.

Artikel Berkaitan:

Beliau juga merupakan bekas Ketua Pegawai Pelaburan Hermana Capital berhad dan bekas Ketua Pegawai Penyelidik MIMB Investment Bank.