KEDA salur RM6 juta bantu golongan sasar

Kamarudin (kiri) mengiringi Timbalan Pengerusi KEDA, Datuk Siti Aisyah Ghazali (dua dari kiri) menyerahkan Prospek Sidam 2020 daripada KEDA baru-baru ini.Kamarudin (kiri) mengiringi Timbalan Pengerusi KEDA, Datuk Siti Aisyah Ghazali (dua dari kiri) menyerahkan Prospek Sidam 2020 daripada KEDA baru-baru ini.
Kamarudin (kiri) mengiringi Timbalan Pengerusi KEDA, Datuk Siti Aisyah Ghazali (dua dari kiri) menyerahkan Prospek Sidam 2020 daripada KEDA baru-baru ini.Kamarudin (kiri) mengiringi Timbalan Pengerusi KEDA, Datuk Siti Aisyah Ghazali (dua dari kiri) menyerahkan Prospek Sidam 2020 daripada KEDA baru-baru ini.
A
A
A

ALOR SETAR - Lebih RM6 juta telah disalurkan Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA), agensi di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) bagi meringankan beban masyarakat luar bandar dengan membantu seramai 4,326 penerima yang terjejas akibat pandemik Covid-19 sejak Mac lalu.

Pengerusinya, Datuk Dr Ku Abd Rahman Ku Ismail berkata, seiring dengan penubuhan KEDA, bantuan itu dihulurkan kepada penduduk luar bandar bagi membangunkan ekonomi penduduk di kawasan berkenaan.

KU ABD RAHMAN
KU ABD RAHMAN

“Antara sumbangan KEDA sepanjang Covid-19 adalah pengecua-lian bayaran sewa premis Industri Kecil dan Sederhana (IKS), sumbangan bahan makanan mentah, pemberian geran bantuan peralatan untuk pertanian, kek, roti dan automotif termasuk bantuan projek pertanian seperti barang input baja serta racun.

“Selain itu, pihak kami juga menyumbangkan perkhidmatan bas pulang kepada mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Tanjung Malim, Perak dan membawa pulang penghuni pusat kuarantin di sebuah hotel di Putrajaya ke Kedah,” katanya kepada Sinar Harian di Kompleks Ibu Pejabat KEDA baru-baru ini.

Ku Abd Rahman yang merupakan Exco Kerajaan Negeri Kedah berkata, beberapa insentif telah diambil oleh KEDA, antaranya melalui projek Peningkatan Ekonomi Petani Kedah (PPEPK) dan program Pemerkasaan Ekonomi Institut Luar Bandar (PPEI).

Menurutnya, insentif itu juga melibatkan program Pembangunan Semula Kawasan Terbiar (PSKT), program Transformasi Pembangunan Keusahawanan (PTPK), program Transformasi Desa dan Pengupayaan Komuniti (PTDPK), Program Peningkatan Pendapatan (PPP) serta moratorium sewaan rumah dan premis-premis KEDA.

“KEDA turut memberikan dividen Operasi Ladang Sejahtera Agropolitan Sik antara RM200 sehingga RM500 kepada 130 orang peserta Tabung Miskin Tegar Agropolitan Sik (TMTAS),” katanya.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, pihaknya juga memperkenalkan ‘Mai Sembang Santai Usahawan’ iaitu forum maya bagi memberi peluang usahawan KEDA berkongsi pengalaman dan mempromosi produk mereka sebagai usaha membantu perniagaan usahawan semasa Covid-19.

“Pihak kami turut merancang memperkasakan lagi Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di Kolej KEDA, Sik mengikut keperluan semasa industri bagi tahun 2021.

“Ia adalah inisiatif terbaik (memperkasakan TVET) bagi membantu anak muda mendapatkan latihan teknikal, seterusnya dapat memulakan perniagaan selepas mereka tamat latihan atau mendapat pekerjaan dengan gaji yang lumayan,” katanya.

Timbalan Pengurus Besar (Operasi) KEDA, Azmi Shafie (dua dari kanan) menyerahkan bantuan projek ekonomi KEDA kepada peserta di Langkawi baru-baru ini.
Timbalan Pengurus Besar (Operasi) KEDA, Azmi Shafie (dua dari kanan) menyerahkan bantuan projek ekonomi KEDA kepada peserta di Langkawi baru-baru ini.
Timbalan Pengurus Besar (Operasi) KEDA, Azmi Shafie (dua dari kanan) menyerahkan bantuan projek ekonomi KEDA kepada peserta di Langkawi baru-baru ini. Timbalan Pengurus Besar (Operasi) KEDA, Azmi Shafie (dua dari kanan) menyerahkan bantuan projek ekonomi KEDA kepada peserta di Langkawi baru-baru ini.

Ku Abd Rahman berkata, KEDA akan mendapatkan nasihat dan kerjasama daripada pihak industri kerana mereka lebih arif mengenai bidang yang perlu dilatih agar selepas tamat latihan di kolej, pemain industri akan mengambil pelatih untuk bekerja di perusahaan mereka pula.

Sementara itu, Pengurus Besar KEDA, Kamarudin Abd Akib berkata, KEDA kini menyasarkan untuk mengusahakan sebanyak 100 hektar lagi tanah terbiar di Kedah pada tahun depan.

Menurutnya, sehingga kini 10 peratus atau kira-kira 400 hektar daripada 4,000 hektar tanah terbiar di Kedah telah dimajukan pihaknya.

“Kebanyakan tanah yang telah diusahakan adalah tanah sawah yang memberikan hasil lumayan kepada pengusaha.

“Kita juga akan meneruskan bantuan input pertanian termasuk projek pertanian khusus di daerah Baling, Sik, Kulim dan Bandar Baharu.

“Sebanyak RM3 juta akan diperuntukkan bagi tujuan tersebut dan pesertanya adalah penduduk kampung,” katanya.

Menurutnya, menjelang 2021, KEDA sedang merangka agenda program yang lebih memberi tumpuan kepada peningkatan pendapatan untuk penduduk luar bandar yang dikenal pasti terkesan dengan Covid-19.