X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 29 Jun 2022

[INDIVIDU TAHUN 2020] Teknokrat peduli rakyat

Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz
A
A

Sinar Harian senaraikan 15 Individu Tahun 2020 di Malaysia.

- Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, 47

Berbekalkan 24 tahun pengalaman dalam bidang kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul dipilih memegang portfolio Menteri Kewangan dalam Kabinet Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Berbeza dengan kebanyakan personaliti yang pernah memegang portfolio penting itu sebelum ini, bekas Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Group Holdings Berhad itu merupakan seorang teknokrat yang tidak mempunyai DNA politik dalam dirinya.

Menggalas tugas berat ketika negara berdepan penularan Covid-19 bukan satu perkara mudah, buktinya beliau terpaksa berdepan pelbagai tentangan, terutamanya daripada blok pembangkang dalam usaha memastikan Belanjawan 2021 diluluskan.

Rentetan kejayaan itu, nama Tengku Zafrul pastinya diingati ramai sebagai antara penggerak utama belanjawan terbesar pernah diusulkan dalam sejarah negara.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!