Isu daging puncanya rasuah

Ekoran daripada pendedahan akhbar ini tentang kartel daging import haram, macam-macamlah cadangan untuk mengatasinya.
Ekoran daripada pendedahan akhbar ini tentang kartel daging import haram, macam-macamlah cadangan untuk mengatasinya.
A
A
A

Ekoran daripada pendedahan akhbar ini tentang kartel daging import haram, macam-macamlah cadangan untuk mengatasinya. Macam biasalah, ada yang cadangkan penubuhan Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat hal ini ke akar umbi.

Macam selalu jugalah, mudah sangat kita nak tubuh suruhanjaya dan jawatankuasa itu dan ini. Kita semua tahu banyak hasil dapatan siasatan tak ke mana pun. Buat habis tenaga dan masa sahaja.

Kita semua tahu, puncanya ada orang tidak jujur. Ada penguat kuasa yang korup. Ada pentadbir yang tutup sebelah mata perbuatan kartel yang berjalan sejak bertahun-tahun. Ini bukan masa lagi nak buat siasatan. Kita ada undang-undang untuk bertindak.

Bagaimanakah boleh wujud premis pengedar daging beku haram bertahun-tahun di Ulu Tiram dan di Senai Johor seperti yang didedahkan oleh wartawan akhbar ini?

Bagaimanakah premis yang tersergam itu terlepas dari pengawasan semua jabatan dan agensi yang berkaitan? Ini bukan gudang sebarangan. Mengikut laporan akhbar ini ia menyimpan 1,500 tan daging sejuk beku dengan nilai lebih RM30 juta.Gudang itu juga menjadi pembekal utama kepada pemborong daging beku seluruh Malaysia. Banyak lagi cerita ngeri yang kita dengar.

Ini termasuklah bahawa gudang kartel itu juga digunakan untuk proses daging babi. Ambillah pengajaran daripada kejadian ini.

Kurangkan bercakap, lebihkan tindakan. Inilah masa bagi semua agensi, termasuk yang berkaitan dengan pemantauan tanda halal buat SOP baharu. Bekerjalah sebagai satu pasukan.

Artikel Berkaitan: