X

Kindly register in order to view this article
!

Khamis | 19 Mei 2022

Covid-19: Warga emas temui ajal selepas 3 hari disahkan positif

Mangsa mempunyai latar belakang penyakit kronik meninggal dunia selepas tiga hari disahkan positif Covid-19. - Foto 123RF
A
A

KOTA BHARU - Seorang pesakit Covid-19 kes ke-563 di Kelantan meninggal dunia pada Selasa selepas tiga hari disahkan positif pandemik itu.

Wanita warga emas berusia 68 tahun itu meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini.

Berdasarkan Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) melalui Facebook, pesakit dari Pulai Chondong, Machang itu mendapat jangkitan daripada penularan tempatan iaitu risiko saringan survelan SARI.

Mangsa juga mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi, kencing manis dan buah pinggang kronik serta disahkan positif pada 26 Disember lalu iaitu pada hari rekod tertinggi kes harian yang dicatatkan di Kelantan.

Rekod itu menjadikan jumlah kumulatif kes kematian di Kelantan adalah tujuh kes manakala bagi keseluruhan Malaysia sebanyak 457 kematian termasuk seorang lagi warga emas lelaki berusia 65 tahun turut meninggal dunia pada hari ini juga mempunyai latar belakang penyakit kronik termasuk jantung dan angin ahmar.

Dalam perkembangan sama, sebanyak 31 kes harian positif Covid-19 direkodkan di Kelantan hari ini iaitu 30 kes tempatan dan satu kes import B menjadikan jumlah kumulatif kes positif negeri ialah sebanyak 665 kes.

Dalam jumlah itu juga, terdapat 168 kes dirawat di wad termasuk tiga di Unit Rawatan Rapi (ICU).


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!