X

Kindly register in order to view this article
!

Pengguna bakal berdepan masalah WhatsApp pada 1 Januari

Perkara sedemikian berlaku kerana jutaan telefon iPhone dan Android versi lama dijangka tidak lagi menyokong kemas kini terbaharu aplikasi WhatsApp itu.
A
A

BIRMINGHAM - Pengguna aplikasi WhatsApp akan mengalami masalah untuk menghantar mesej menjelang tengah malam pada 1 Januari 2021.

Menerusi portal Mirror.CO.UK, pengguna aplikasi iPhone dan Android perlu mengambil inisiatif lain bagi memastikan mereka dapat menghantar mesej ucapan 'Selamat Tahun Baharu' pada tengah malam.

Perkara sedemikian berlaku kerana jutaan telefon iPhone dan Android versi lama dijangka tidak lagi menyokong kemas kini terbaharu aplikasi itu, sekali gus bakal memaksa pemilik gajet sama ada mengemas kini atau menaik taraf peranti mereka atau membeli telefon baharu.

Jika tidak, aplikasi WhatsApp tidak berfungsi pada beberapa telefon pintar mulai 1 Januari, lapor Birmingham Live.

Menurut portal itu, iPhone yang tidak menggunakan iOS 9 ke atas atau mana-mana telefon pintar yang tidak menggunakan sekurang-kurangnya Android 4.0.3 juga dikenali sebagai Ice Cream Sandwich tidak lagi boleh menggunakan aplikasi milik Facebook itu.

“Ini bermaksud model iPhone 4 ke bawah, tidak lagi boleh menggunakan WhatsApp kerana telefon jenis ini tidak mampu menyokong sistem operasi IOS9.

"Phone 4S, iPhone 5, iPhone 5S, iPhone 6, dan iPhone 6s kesemuanya dikeluarkan sebelum iOS9, tetapi masih boleh menyokong sistem operasi itu,” jelas laporan tersebut.

Bagi telefon Android pula, antara jenis yang bakal kehilangan WhatsApp ialah Samsung Galaxy S2, HTC Desire, dan LG Optimus Black.

Bagaimanapun, laporan itu menjangkakan sekitar dua bilion pengguna WhatsApp di seluruh dunia tidak akan terjejas dengan kemas kini tersebut, tetapi hanya sebilangan kecil yang menjangkau jutaan orang akan mengalami masalah berkenaan.

Justeru, bagi mengelakkan data anda terjejas, anda dinasihatkan untuk membuat 'back up' di peranti berbeza.

Antara jenis telefon pintar yang terjejas:

Apple iPhone 1- 4

Samsung Galaxy S2

HTC Desire

LG Optimus Black

Motorola Droid Razr

Telefon Android dikeluarkan sebelum tahun 2010

Telefon Pintar yang perlu mengemas kini sekurang-kurangnya iOS9 atau Android OS 4.0.3:

Apple iPhone 4S

iPhone 5

iPhone 5S

iPhone 6

iPhone 6S

Samsung Galaxy S3 ke atas

Samsung Galaxy Note

HTC Sensation

HTC Thunderbolt

LG Lucid

Motorola Droid 4

Sony Xperia Pro dan ke atas


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!